Tuesday, December 14, 2010

Apam Gula Merah (mauripan)

Apam Gula Merah
Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Dah sarapan ke belum? Pagi ni saya makan apam gula merah. Kalau kat rumah ni, apa2 jenis kuih apam memang laku punya. Maklumlah maknya mmng suka buat dan makan apam, jadi anak2 dan suami pun jadi suka semuanya...syukur alhamdulillah. Kuih apam ni boleh juga di kukus dngn menggunakan acuan kecil, dan masa mengukusnya tentulah pendek, lebih kurang dlm 20 minit. Resepi ni mudah je..jom kita lihat bahan2nya..



Adunan yg telah naik dan belum dikukus..
Bahan A

* 1 cwn gula merah*
* 1/2 cwn gula pasir*
* 1 cwn air*
* 2 helai daun pandan*(* di masak dan sejukkan)

Bahan B

* 1 sudu besar yis mauripan
* 1/4 cwn air suam
* 1 sudu kecil gula pasir

Bahan C

* 3 cwn tepung gandum
* 1/2 cwn tepung beras
* 1 cwn air

Cara-Cara

1. Masak bahan2 (A) bertanda* hingga gula larut dan sejukkan.
2. Bancuh bahan B dan biarkan 5 minit atau sehingga berbuih.
3. Campurkan ke semua bahan C ke dlm mangkuk besar dan masukkan sekali air gula yg telah sejuk tadi.(Masukkan dlm blender lagi senang)
4. Gaul sebati dan masukkan bahan C tadi. Gaul sebati, setelah sebati, tutup dan biarkan perap selama 1 jam atau naik 3 x ganda.
5. Lenserkan loyang dngn sedikit minyak dan tuangkan adunan ke dlm loyang dan biarkan selama 10 minit.
6. Kukus adunan selama 40 minit dngn api sederhana kuat.
7. Biarkan betul2 sejuk barulah di potong dngn pisau tajam dngn cara spt gergaji kedepan ke belakang supaya kuih tak kelihatan mampat.
8. =Sedap di makan bersama kelapa parut putih yg di gaul dngn sedikit garam.

Bingka Ambon Bersarang

Bingka Ambon
Assalammualaikum dan salam sejahtera. Pagi ni saya sarapan bingka ambon. Sebenarnya dah lama cari resepi ni....hasil tinjau2 di MyR jumpalah resepi dari Citarasawan. Masa pergi kenduri rumah kawan tempohari,saya ada makan kuih ni, suka tngk kuih bingka tapi bersarang...dlm hati ni nak tanya je dngn tuan rumah resepinya...tapi malulah pulak. Orang ramai masa tu, jadi batalkan niat yg murni tu. Bila dah jumpa resepi, apalagi saya pun buatlah kuih bingka ambon ni...puashati betul sebab menjadi sarangnya. Kali ni saya guna loyang je, dan Kak Wan guna acuan2 kecil...lain kali saya nak guna acuan muffin pula. Kalau kawan2 teringin tu bolehlah mencuba resepi ni. Terima kasih pada Kak Wan kerana berkongsi resepi yg sedap ni.




Bahan-bahan ( 14 biji )

* Bahan A
* 1 sudu besar yis segera
* 1 sudu besar gula pasir
* 125ml air suam
* 150gm tepung gandum

Bahan B

* 150gm tepung ubi
* 300gm gula pasir
* 5 biji telur ayam
* 1/2 sudu teh garam halus
* 1 sudu teh esen pandan/vanila
* 50ml air daun pandan
* 1/4 sudu teh pewarna hijau
* mentega cair utk meleser

Bahan C

* 450ml santan pekat dimasak hingga mendidih dan disejukkan.
* Hiasan : Bijan

Cara-cara

1. Bancuh bahan A dalam mangkuk yang besar hingga rata dan perapkan selama 1 jam, biar adunan mengembang.
2. Pukul telur, gula, esen pandan dan garam hingga kembang. Masukkan kedalam bahan A, gaul perlahan-lahan sambil masukkan tepung ubi sedikit demi sedikit. Kemudian tuangkan bahan C, santan yang telah disejukkan tadi. Kacau rata dan masukkan air daun pandan dan pewarna hijau. Kisar sekejap dengan blender dan perap adunan selama 2 - 3 jam.
3. Leser acuan dengan majerin dan panaskan dalam oven selama 10 minit. Masukkan 3/4 adunan kedalam acuan-acuan kecil. Tabur bijan atau kepingan badam dan bakar pada suhu 160c api atas dan bawah selama 40 minit hingga permukaan adunan mengerutu dan kekuningan.
4. Cucuk dengan lidi jika adunan tidak lagi melekat, bolehlah diangkat.
5. Kuih ini melekit sewaktu dipotong ketika masih panas tetapi akan bertambah lembut jika dibiarkan sejuk (4 - 5 jam) pada suhu bilik.

Donut Kentang

Donut Kentang
Hai bertemu kembali. Hari ini saya buat donut kentang. Biasanya saya buat donut biasa je,tapi hari ni saya letak kentang rebus yg di lenyek. Rasanya teramatlah sedap dan lembut. Kalau tak percaya cubalah...dah sejuk pun tetap lembut...mari lihat resepinya..




Bahan-bahan

4 1/2 cwn tepung gandum
1 cawan susu suam
1 biji telur
1 sudu besar yeast(bancuh dngn sedikit air suam)
3 sudu besar gula
3 sudu besar marjerin/butter
1 cwn kentang rebus dan lenyek halus
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara:

1.Tepung gandum digaul dengan butter dan kentang lenyek sehingga rata dan tuang yis yg di bancuh dngn sedikit air suam.
2.Telur dipukul sedikit & dicampur dengan susu yg dibancuh bersama gula(tuang susu sikit2 biar doh tak lembik sangat)
3.Campurkan ke dalam tepung gandum tadi dan uli sehingga menjadi doh.
4.Biarkan doh tadi naik 2 kali ganda.
5.Kemudian tumbuk doh untuk keluarkan angin.
6.Bentukkan doh anda mengikut citarasa masing-masing(saya bulat2kan doh dan leperkan sedikit,biarkan naik...bila nak goreng baru saya lubangkan tengahnya..)
7.Panaskan minyak dan goreng dngn menggunakan api perlahan.
8.Angkat dan toskan...gaul dengan gula halus atau salut dngn coklat dan di hias.
Selamat Mencuba.

Donut

Donat
Salam untuk semua .
Pagi tadi bersarapan dengan donat. Senang aja. Buat adunan , dalam sejam boleh goreng dah.




Bahan-bahan.

1/2 kilo (1/2 kampit )tepung gandum
1/2 plastik mauripan
2 sudu besar susu pekat
2 sudu besar margerin
2 sudu besar gula kasar
2 cawan air paip (untuk satukan adunan)
gula kaster untuk salut

Cara.

1. Satukan margerin, gula , susu pekat (gaul hujung cari ) dengan tepung- sekadar rata sahaja.
2. Bancuh mauripan dengan air sejuk.
3. Tuang ke dalam adunan tepung. Uli menjadi doh.
4.Tunggu adunan naik sekali ganda.
5. Bahagi kepada beberapa bahagian kecil dan lubangkan ia. Tunggu dia kembang sedikit, kemudian goreng.
6. Salut dengan gula kaster bahagian luarnya.

Bolehlah mencuba. Resepi ni saya dapat dari jiran saya dulu , Noriah . Selalunya resepi ni menjadilah, berbanding dengan resepi saya sebelum ini. Terima kasih untuk Noriah.

Kuih Lapis Pandan

Kuih Lapis Pandan
Salam semuanya. Hari ni saya buat kuih lapis lagi, tapi kuih lapis pandan. Kuih lapis ni memang menjadi kegemaran anak2 sebab diaorang suka buka setiap lapisan bila makan. Apa lagi bila anak2 suka, mamanya pun jadi rajinlah untuk membuatnya. Resepi asal ni saya ambil dari rumah Kak Ummi. Terima kasih ya akak, saya copy ya... Mari kita lihat resepinya..



Bahan-bahan
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
2 sduu besar tepung jagung
3/4 cawan gula
4 1/2 cawan santan pekat
1 sudu kecil garam

(Bahan B)
Perisa pandan - boleh juga menggunakan jus pandan
pewarna hijau

Cara Penyediaan

1. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.
2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian
3. Masukkan perasa pandan dan pewarna hijau dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna asal/putih dalam 1 bahagian lagi.
4. Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang yang akan digunakan.
5. Masukkan 1 senduk adunan asal/putih dan kukus elama 5 minit.
6. Lapiskan pula 1 senduk adunan hijau dan kukus lagi selama 5 minit.
7. Lapiskan lagi adunan putih dan hijau berselang-seli hingga habis. (*bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus dalam 15 minit ).
8. Sejukkan dan bolehlah dipotong.

Cucur Bilis Kembung

Cucur Bilis Kembung
Assalammualaikum dan selamat malam semua. Inilah cucur bilis kembung yg sangat sedap dan ianya sesuai utk sarapan pagi ataupun minum petang. Lebih sedap lagi bila di cicah dngn sos kegemaran anda semua. Resepi cucur ni adalah dari Sofinar di MyR.....terima kasih pada penyumbang resepi. Rasanya ramai kawan2 yg sudah mencubanya...pada yg belum tu, bolehlah mencubanya...cucur ni mmng lembut, gebu dan kembung....rasanya tentulah sedap....



Bahan-bahan ( 5 orang makan )

* 300g tpg gandum
* 1 biji telur
* 1 sudu kecil yis mauripan
* 1/2 cawan ikan bilis
* 1 labu bwg besar
* 2 pokok daun bawang
* 1 1/2 cawan air
* taugeh jika suka
* garam secukup rasa
* sedikit serbuk kunyit

Cara-cara

1. Blender bilis, telur, bawang dan air bersama hingga semua hancur
2. Gaul tpg dan yis sekejap, masukkan semua bahan dan gaul rata. Perapkan sekejap lebih kurang 30 minit
3. Jemput2 dan goreng, cucur ni lembut dan bulat2... enak dicicah sos cili

Monday, December 13, 2010

Sup Bebola Ikan Tenggiri

Resepi Sup Bebola Ikan


Bahan-bahan:

300 gm ikan tenggiri
1 sudu teh tepung ubi
1 ½ sudu the garam
150 gm sawi
10 jalur so hoon
1 sudu teh jeruk kobis
4 sudu makan minyak masak
2 ulas bawang putih — cincang
5 cm halia — hiris
1 sudu makan kicap
Serbuk lada sulah secukup rasa

Cara Penyediaan:

Siang ikan dan bersihkan. Ambil daging ikan sahaja dengan memotongnya secara melintang pada kedua-dua belah bahagian. Cincang daging ikan dengan pisau tajam.

Tambahkan tepung ubi, garam dan 4-5 sudu air pada daging ikan. Ramas hingga membentuk paste lembut yang melekit.

Basahkan tangan dan bentukkan paste menjadi bebola ikan. Celup setiap bebola di dalam air garam dan letakkan di atas pinggan. Ketepikan.

Basuh sawi dan potong 5 cm panjang. Basuh jeruk kobis dan rendam so hoon. Ketepikan.

Panaskan minyak, goreng bawang putih hingga menjadi warna coklat keemasan. Angkat dan ketepikan.

Untuk buat sup, panaskan sedikit minya, goreng halia hingga menjadi warna coklat cair, dan masukkan lebihan kulit dan tulang ikan. Goreng selama 2 minit. Masukkan 4 cawan air dan ½ sudu teh garam. Renehkan selama ½ jam.

Tapis kuah sup ke dalam periuk lain. Panaskan. Masukkan bebola ikan yang telah dibuat tadi.

Setelah mendidih, masukkan sawi, so hoon dan jeruk kobis. Biarkan mendidih seklai lagi.

Tutup api, masukkan kicap, garam dan lada sulah secukup rasa.

Hidangkan panas-panas dan taburkan bawang putih goreng yang disediakan awal tadi.